Isu kekurangan bekalan keperluan 357 mangsa banjir daripada 89 keluarga di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Rasau, Dungun yang tular dalam media sosial dianggap selesai.
Menurut Hamdan Abdullah yang mengetuai PPS itu, kesemua penghuni menerima khemah dan keperluan lain daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta bantuan makanan tiga kali sehari.